Share

‘Tindakan bacul’

Mengulas mengenai insiden simbahan cat merah dan bangkai ayam di Pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir semalam, Fahmi Fadzil berkata, insiden itu merupakan satu situasi yang sangat teruk, dan ugutan sebegitu tidak patut terjadi kepada mana-mana wakil rakyat sekali pun.

“Bagi saya ini satu tindakan jenayah yang perlu dikecam semua pihak, dan bagi saya satu tindakan bacul oleh sesiapa yang ingin menghantar mesej kepada YB Akmal.

“Saya harap PDRM dapat menyiasat segera dan mereka yang dipercayai terbabit dibawa ke muka penghakiman,” katanya lagi.

Leave a Comment