Share

KM Melaka: Perlantikan speaker baru dibenarkan mengikut peraturan mesyuarat

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali menyatakan perlantikan speaker baru adalah dibenarkan mengikut Perkara 17 (5)(a) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka.

Terdahulu, Adun Perikatan Nasional (PN) hari ini berkumpul semula dan meneruskan sidang dewan undangan negeri (DUN) tanpa kehadiran wakil pembangkang.

Mereka kemudian mengundi untuk menyokong Pengerusi Umno Melaka yang juga bekas setiausaha kerja Umno Malaysia, Ab Rauf Yusoh sebagai speaker yang baru.

Leave a Comment