Share

Isu NAFAS : ‘Sekiranya berlaku penyelewengan, sila berikan bukti kepada saya’

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub menafikan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menggunakan sejumlah dana untuk sewaan hotel bagi tujuan Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, baru-baru ini.

Jelasnya mengikut rekod yang diterima, NAFAS hanya membuat sewaan 38 bilik hotel bagi tujuan jerayawara bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2019 yang mana Johor merupakan tuan rumah.

“Sebenarnya ikut dokumen saya diterima, NAFAS telah mengadakan satu roadshow (jerayawara) bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang kita telah sewa hotel itu sehingga 30 atau 31 Okt.

“Selepas itu, kempen pilihan raya yang NAFAS tidak terlibat. Roadshow itu diadakan di Simpang Renggam, Johor Bahru, Pontian, Benut dan seumpamanya dan Khamis ini merupakan Hari Peladang yang akan diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru,” katanya semasa waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Leave a Comment