Share

Tun M: Terima Kasih Chef Wan!

Satu video pendek yang disiarkan di laman sosial Facebook peribadi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa terima aksih kepada chef selebriti terkemuka Chef Wan kerana berani menyatakan kebenaran.

“Saya sedar Chef Wan bukanlah ahli parti politik jauh sekali menjadi ahli Parti BERSATU. Namun demikian saya amat menghargai pandangan yang menumpukan kepada keadilan dan kesejahteraan negara dan tidak memihak kepada mana-mana pihak dan memihak kepada yang benar semata-mata.

” Kalau kita mendapati ada pihak mengamalkan amal makruf kita menyatakan kita juga begitu, itu sudah memadai,” kata Pengerusi Pakatan Harapan.

Semalam Chef Wan yang nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menyatakan rasa berangnya itu di Instagram beliau dengan tulisan pedas: “Dulu, felda. Now, failed dah.”

Dalam kapsyen, beliau yang juga anak peneroka itu, berkata keluarga-keluarga Felda yang berjuang bertahun-tahun pasti geram dan sakit hati melihat tahap dicapai Felda sekarang ini.

“Terima Kasih Chef Wan,” kata tambah Mahathir lagi diakhir video.

Leave a Comment