Share

Titian Takdir (2020) | Episod 4

Along kelam kabut. Hana memberitahu, kali ini dia hanya menyimbah air. Lain kali dia akan menyimbah asid kalau Along terus mengganggu suaminya. Along bertanya siapa suami Hana, Hana memberitahu Dr Kamil masih lagi suaminya. Along terkejut.
Along pulang ke rumah dengan perasaan marah dan geram kepada Dr Kamil. Dia tidak sangka Dr Kamil sudah berkahwin tetapi cuba menggodanya. Zita bertanya perasaan Along kepada Dr Kamil. Along berkata, sudah tujuh bulan dia bekerja di klinik keluarga Dr Kamil dan mengenali Dr Kamil. Along berkata dia memang suka Dr Kamil, tetapi dia tak akan ambil suami orang. Zita juga tidak menggalakkan Along berkahwin dengan suami orang. Along bercadang untuk berhenti kerja di klinik dan mencari kerja sambilan yang lain. Zita menyokong.
Nazmi menghubungiAlong dan memberitahu, dia akan pulang lima bulan lagi. Along gembira. Nazmi memberitahu dia sangat gembira kerana tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Yasmeen, kerana semua syarat Yasmeen sudah dipenuhinya.

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL

Leave a Comment