Share

Terima Aku Seadanya | Episod 13

Kamelia, 25, beriya buat ‘surprise party’ untuk hari jadi Edry, 26, di kafe kawannya, Joe. Semua kawan baik Edry dijemput. Tetapi Edry tidak datang. Telefon tidak dapat dihubungi. Kamelia sangat malu pada kawan-kawan Edry. Seorang demi seorang meninggalkan kafe sehinggalah Joe menutup kedai. Keesokan hari, Edry memberi alasan kononnya terperangkap dalam bilik ketika tertidur di bangunan lama kilangnya. Telefon bimbit pula kehabisan bateri.

Niat asal Edry hendak ‘mengular’ apabila bosnya ada mesyuarat tergempar di luar negara. Kamelia tidak percaya alasan itu. Dia syak Edry cuba mengelak daripadanya. Sahara, 25, adik tiri Kamelia yang berusia lebih muda 6 bulan, akan balik ke Malaysia setelah tamat pengajian masters di UK. Sahara tidak benarkan Kamelia menjemputnya di KLIA. Kononnya tidak mahu menyusahkan Kamelia. Tetapi Husna, kawan baik Kamelia yang memandu Uber, ternampak Edry menjemput Sahara di KLIA. Gelagat mereka seperti sepasang kekasih yang saling merindui.

Tonton episod penuh di:
http://www.tonton.com.my

Langgan Youtube kami:
► TV3: https://bit.ly/2u3wcJV
► TV9: https://bit.ly/2ML14If
► DS: https://bit.ly/2KuVyXd

Ikuti Instagram kami:
► TV3: https://www.instagram.com/tv3malaysia/
► TV9: https://www.instagram.com/tv9malaysia/
► DS: https://www.instagram.com/dramasangat/
► ST: https://www.instagram.com/senangterhibur/

Leave a Comment