Share

Semua Salahku (2019) | Episod 1

Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan. Walaupun begitu, duit gaji Sofea dihabiskan hanya untuk bergaya dan mencari suami kaya lantas meminggirkan keperluan Haris dan ibunya Fatimah. Haris bergaul dengan rakan yang salah dan mula merompak di luar. Sofea pula sudah berjaya memikat Rosli, suami Yanti yang juga seorang pengurus kafe. Nasib Sofea ingin berkahwin dengan orang kaya malang apabila Yanti mengambil alih semula kafenya dari Rosli meninggalkan Rosli papa kedana. Suatu hari, Haris mula berang dan bertindak ganas setelah gagal mendapatkan duit dari Sofea sehingga sanggup menampar dan ingin membaling kerusi ke arah ibunya. Abang Sofea, Hassan yang datang ke rumah Sofea sedih dengan apa yang terjadi dan bertanya kenapa Sofea tidak langsung mengambil tahu perihal ibunya yang tinggal bersama Hassan. Hassan turut menasihatkannya supaya berbakti dengan ibu bapa. Haris akhirnya ditahan reman kerana kesalahan mencuri di kedai telefon bimbit. Sofea pula menyesal dengan silapnya yang mengabaikan ibunya, bergegas ke rumah Hassan untuk memohon ampun tetapi malangnya, ibunya meninggal dunia.

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL
https://www.youtube.com/channel/UCv5bMX0RoQU9jaPT8Ru-cQQ

Leave a Comment