Share

Rahman Dahlan desak Azmin jawab isu tanah Ijok

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendesak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan berhubung isu tanah di Ijok bernilai RM1.18 bilion yang diserahkan kembali pemilikannya kepada dua syarikat sebelum Mahkamah Persekutuan mendengar kes tersebut.

Kedua-dua syarikat itu ialah Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCDN Develoment Sdn Bhd yang mana Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan mempunyai jawatan tinggi dalam syarikat itu.

Pengarah Komunikasi Strategik BN berkata keputusan Azmin itu mengundang persoalan memandangkan keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan memihak kepada kerajaan negeri Selangor ketika pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Leave a Comment