Share

Rafizi mahu rehat dari politik buat sementara

Selepas dibebaskan daripada hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk kembali aktif dalam politik pada masa terdekat ini.

Bercakap kepada wartawan luar Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini, bekas ahli parlimen Pandan itu berkata beliau mahu terus menjadi “orang biasa” dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakannya.

“Ramai yang kurang faham yang masa di dalam medan depan politik ambil masa cukup panjang dan tenaga serta masa daripada keluarga.

“Saya memang sebut dari awal saya tak berminat buat masa ini. Saya juga tak minat ada jawatan-jawatan bersabit kerajaan atau awam, saya ingat masa tiga hingga empat tahun ini untuk kembali jadi orang biasa,” katanya.

Leave a Comment