Share

Perdana Menteri kritik perkahwinan sejenis

Perkahwinan kini dilihat tidak lagi dihormati apabila wujud perkahwinan sesama jantina, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

“Sebagai contoh tiada rasa hormat kepada institusi perkahwinan dan keluarga. Keluarga ketika ini tidak sama dengan apa yang kita panggil sebagai keluarga sebelum ini.

“Ia bukan lagi mengenai (perkahwinan) antara lelaki dan wanita dan membesarkan anak-anak untuk mendirikan keluarga.

Tegasnya, umat Islam perlu belajar mengenali budaya sendiri serta memeliharanya selain berbangga dengannya.
Jelasnya, segala yang berlaku ini berpunca daripada perubahan besar dunia yang turut menghakis nilai hingga ia tidak lagi dihormati.

Leave a Comment