Share

Pengundi DUN Semenyih fail saman ke atas SPR, pengerusi

Seorang pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghalang suruhanjaya itu daripada mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih akan datang.

Selain SPR, Puan Sri Sabariah Mohd Shariff, 58, selaku plaintif turut menamakan Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun serta Kerajaan Persekutuan sebagai defendan-defendan dan saman itu difailkan secara dalam talian (e-filing) menerusi Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co pada Jumaat lalu.

Bercakap dalam sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini, Sabariah berkata beliau memutuskan untuk mengambil tindakan saman itu selepas timbul isu di media sosial berkaitan SPR sama ada ia satu entiti yang sah atau tidak di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Comment