Share

PAS sahkan suara audio Nik Abduh

PAS mengesahkan rakaman audio isu PAS menerima dana daripada Umno itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Memetik Malaysiakini, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan turut menjelaskan Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang dicanang oleh musuh politik PAS tidak menggambarkan perkara sebenar.

Menjelas lanjut, Takiyuddin berkata untuk memahami konteks ayat di dalam audio seseorang itu perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan dari minit pertama hingga minit terakhir.

Terdahulu isu rakaman audio yang didakwa mengandungi suara Nik Abduh kembali timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.

Beberapa hari selepas media melaporkan kes saman fitnah itu tidak akan diteruskan, dua pengguna Facebook tampil mengaku menjadi “saksi hidup” berhubung rakaman audio itu.

Pengguna Facebook bernama Dr Muhammad Atiullah Othman dalam satu perkongsian mendakwa “menjadi saksi” ketika Nik Abduh membuat ‘pengakuan menerima duit Umno’.

Sebagai rekod, Nik Abduh sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan audio itu adalah suaranya dan menegaskan itu adalah fitnah.

Leave a Comment