Share

Parti baru untuk Melayu-Bumiputera, kata Kadir Jasin

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mengesahkan parti politik baru yang akan didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah parti Melayu-Bumiputera.

Katanya menerusi blognya, parti baru itu bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu-Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.

Malah, parti baru itu nanti akan bekerjasama secara terangkum dengan parti-parti politik yang kini menentang BN, di mana perbincangan awal telah pun dimulakan.

Leave a Comment