Share

Nor Nabila mahu cerai, Sharnaaz tidak setuju

KUALA LUMPUR- Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Nor Nabila melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini.

Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh tersebut selepas Shaarnaz, 34, atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad tidak bersetuju terhadap permohonan tuntutan cerai yang difailkan isterinya, Nor Nabila.

Leave a Comment