Share

Najib arah pembantu lapor polis terhadap dirinya

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya membuka semua kes-kes pembunuhan yang membabitkan dirinya.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Najib berkata tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri itu selepas beberapa kali mendesak pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

Najib turut mendakwa Kit Siang tidak konsisten dan berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya beliau menulis Kit Siang pernah berkata tiada keperluan untuk kes-kes itu disiasat lagi walhal menurut Najib beliau sendiri berulangkali mahukan kes itu disiasat semula memandangkan Pakatan HARAPAN kini adalah kerajaan.

Sementara itu, Kit Siang pula berkata Najib berbohong hampir setiap hari.

Leave a Comment