Share

‘Mugabe tak. Saya buat silap, saya letak jawatan’

Selepas pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri HARAPAN, media antarabangsa sekali lagi membandingkan bekas timbalan perdana menteri berumur 92 tahun itu dengan bekas perdana menteri Zimbabwe Robert Mugabe yang berumur 93 tahun.

Apabila ditanya berkenaan perbandingan itu, Dr Mahathir setuju mereka mempunyai persamaan.

“Sudah tentu saya seperti dia (Mugabe).

“(Tapi) dia tidak letak jawatan. Saya buat silap, saya letak jawatan,” kata Dr Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga peletakan jawatannya pada 2003.

Leave a Comment