Share

Misi Betty | Episod 12

Misi Betty mempunyai perwatakan yang ceria dan happy go lucky. Satu sahaja masalah Misi Betty… dia kuat melatah! Nama sebenar Misi Betty adalah Peah tetapi hanya akan menyahut jika orang memanggilnya Betty kerana amat meminati telenovela Yo Soy Betty, La Fea dan lakonan Bea Alonzo sehingga terbawa-bawa watak Betty di dalam kehidupan hariannya. Walaupun lemah-lembut, namun dia gagal mengawal diri ketika berada dalam keadaan terkejut kerana pastinya dia akan melatah dengan kuat sekali. Bukan senang untuk menjadi jururawat ataupun misi jika tidak mempunyai sifat-sifat kesabaran, kelembutan dan tegas. Mereka harus pandai mengambil hati pesakit apatah lagi mengikut rentak pesakit yang cerewet. Jadi apakah yang si kuat latah Misi Betty perlu lakukan ketika dia berhadapan dengan pelbagai situasi lucu di hospital? Dapatkah dia menjaga ketenangannya dan sifat lemah-lembutnya ketika terkejut dengan sesuatu? Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia diberi tugas untuk memberikan suntikan BCG kepada murid-murid sekolah tahun 6. Ketika ingin menyuntik seorang pelajar lelaki, tiba-tiba dia ternampak tikus dan terus melatah dan menyuntik murid lelaki tersebut dengan kasarnya dan membuatkan murid itu kesakitan serta luka dengan teruk. Kecuaian Misi Betty telah menyebabkan dia dipindahkan ke hospital lain. Namun dia menjadi fobia untuk menyuntik mana-mana pesakit dan dia juga masih tidak dapat menghilangkan penyakit latahnya itu. Berjayakah Misi Betty mengubati fobianya?

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
http://www.xtra.com.my

Leave a Comment