Share

‘Melayu jangan lupa sejarah dibunuh bintang tiga’

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Ismail Mina Ahmad menyeru rakyat di negara ini agar memelihara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Malah, beliau berkata, sekiranya terdapat pihak yang ingin mengubah atau mengelirukan orang ramai tentang Perlembagaan, pihak itu wajar ditentang.

Sementara itu, ketika berucap Ismail turut mengingatkan hadirin bahawa hanya bangsa Melayu merupakan bangsa yang bergadai nyawa untuk Tanah Melayu.

Sambil menegaskan beliau bercakap berdasarkan sejarah, Ismail turut memberitahu bahawa bangsa Melayu sebelum ini telah dibunuh oleh ‘bintang tiga’ dan meminta agar bangsa Melayu tidak lupa akan sejarah berkenaan.

Leave a Comment