Share

Malaysia mengalukan mana-mana negara lain sanggup terima Zakir Naik

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kenaytaannya bahawa Dr Zakir Naik tidak akan diusir keluar dari Malaysia di sebalik desakan daripada jemaah menteri sendiri supaya pendakwah Islam kontroversial itu akan diekstradisi kembali ke India.

Walau bagaimanapun, beliau berkata Malaysia mengalu-alukan jika ada mana-mana negara lain yang sanggup menerima Zakir.

“Masalah yang kita hadapi ialah kita tidak boleh menghantarnya kembali (ke India) kerana ada risiko dia dibunuh, jadi dia kekal di sini (di Malaysia).

“Tetapi, jika ada negara lain yang mahu ambilnya, kami (akan) galu-alukan,” kata Mahathir pada sidang akhbar selepas menghadiri ulang tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Leave a Comment