Share

Mahkamah tolak permohonan Rosmah untuk ketepi saman

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan saman syarikat permata Lubnan berkenaan 44 barang kemas yang dikirimkan padanya.

Memetik laporan Malaysiakini, Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin mengarahkan Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan afidavit dalam tempoh dua minggu sama ada 44 unit barang itu berada pada polis selepas serbuan.

Selepas perkara ini dipastikan, menurut mahkamah, Rosmah boleh memfailkan permohonan baru bagi mengetepikan saman.

Wong menetapkan 4 dan 5 Mac untuk mendengar saman itu.

Syarikat permata itu menyaman Rosmah Jun lalu susulan status tidak pasti berkaitan barang kemas yang dihantar padanya.

Leave a Comment