Share

Maaf Tak Indah (2020) | Episod 3

Perkahwinan Syazan dan Raimie tetap bahagia walaupun Syazan masih belum mampu menjadi isteri yang terbaik buat Raimie. Raimie tetap bersabar dan cuba mengubah Syazan yang masih terikut-ikut dengan kehidupannya sebelum berkahwin. Namun mereka berdua diuji bila Syazan disahkan mengandung. Bagi Syazan, itu adalah antara mimpi terburuk yang pernah dia alami. Dia menganggap bahawa anak adalah satu bebanan yang besar. Bagi Raimie pula adalah sebaliknya. Rasa gembira yang tak terkata dan tak sabar untuk bergelar seorang ayah adalah antara impiannya selama ini. Dan ketika itulah mereka berdua sedar perasaan dan keinginan masing-masing adalah vice versa.
Kesabaran Raimie teruji bila Syazan menggugurkan kandungan biarpun trimester terakhir, dengan Menggunakan kaedah ‘late term abortion’. Namun siapa mampu menidakkan kuasa tuhan, anak mereka berdua selamat. Saat mendengar tangisan pertama si anak, Syazan insaf sedar yang Dia sayangkan anak itu. Namun semuanya sudah terlambat.

Leave a Comment