Share

Lagi ahli Parlimen Umno keluar parti

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli mengesahkan bahawa beliau telah meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Dalam satu kenyataan hari ini, Rozman mengumumkan bahawa beliau telah membuat keputusan itu kerana beliau mahu memupuk hubungan yang lebih baik dengan kerajaan yang dipimpin oleh WARISAN dan pembangunan yang lebih baik untuk wilayah persekutuan Labuan.

Dengan keluarnya Rozman dari Umno parti keramat melayu itu kini hanya mempunyai 48 ahli parlimen di dewan Rakyat.

Terdahulu seramai lima Ahli Parlimen Umno yang sudah keluar parti termasuk dua bekas menteri Kabinet dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebelum ini iaitu Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman.

Leave a Comment