Share

‘Kita akan buat keputusan samada ikut Shafie Apdal atau Shafee Abdullah’

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Bersatu pertemuannya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung isu Bersatu melebarkan sayap di negeri Sabah hanya akan dibincangkan di dalam parti.

“Beliau memberikan pendapatnya, kami tidak tertakluk kepada pendapat orang lain kecuali kepada penilaian kami sama ada kami perlu pergi atau tidak,” katanya.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman Datuk Hajiji Noor sebelum ini dilaporkan berkata Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah tidak lama lagi.

Susulan itu, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dilaporkan berkata perkara tersebut diharapkan tidak berlaku memandangkan Warisan dan Bersatu sudah mencapai kesepakatan tentang hal berkenaan.

Leave a Comment