Share

Keluarga mangsa pembunuhan kejam bantah mansuh hukuman mati

Ahli keluarga mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi hari ini tampil mendesak kerajaan supaya tidak memansuhkan hukuman mati mandatori.

Antara yang hadir adalah ahli keluarga, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; timbalan pendakwa raya, Datuk Anthony Kevin Morais dan pegawai bank, Wong Jing Kui.

Menurut mereka pemansuhan hukuman mati adalah tidak adil dan hanya akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat di negara ini.

Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Sosilawati yang mati dibunuh tidak dapat menahan emosinya dan menangis semasa sidang akhbar yang diadakan di Desa Pandan, Kuala Lumpur, hari ini.

Tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tiga lelaki yang didapati bersalah atas pembunuhan Sosilawati.

Sementara itu, adik bongsu Anthony Kevin, Richard Morais, berkata dia masih trauma terhadap apa yang berlaku.

Leave a Comment