Share

Kelakarama | Ops Cinta Din Sardin | Episod 19

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
http://extra.tonton.com.my

Mengisahkan Din Sardin (Izzue Islam) yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya.
Sejak mengenali Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis, Din Sardin semakin minat bekerja dalam anggota beruniform.
Sahabat baik Din iaitu Amir masih lagi degil dan kembali merempit dengan budak-budak rempit kampung.

Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah.
Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta,
asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi
anggota unit beruniform itu ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa malang akibat kedegilannya untuk
kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang
berlumba secara haram.

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah
dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Din Sardin menjadi anggota JPJ dan bercinta dengan Su sejak sama-sama dalam latihan.
Kebetulan pula Che Ta bertugas menjadi jurulatih di pusat latihan itu, menemukannya dengan Din Sardin.
Percintan Din Sardin dan Su Berakhir. Din dipindahkan ke Putrajaya, dan diserapkan satu unit dengan Che Ta
yang menjadi ketuanya. Din berusaha mendapatkan cinta Che Ta. Su kemudian dipindahkan juga ke Putrajaya.
Su ingin kembali kepada Din, tetapi Din menolak kerana Din mengejar cinta Che Ta. Su kecewa.
Che Ta pula menolak cinta Din Sardin. Din Sardin pula yang kecewa. Dia mahu kembali kepada Su,
tetapi Su sudah ada teman lelaki baru. Din Sardin kecewa. Hinggalah dia berubah menjadi anggota JPJ
yang paling cemerlang dan dia berjaya menambat hati Che Ta semula.

Leave a Comment