Share

Kami akan ‘kuburkan’ ADUN Sekinchan, kata Jamal

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berikrar akan menjatuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kalau Ng Suee Lim nak bergelar YB keluar dari Sekinchan dan cari kawasan lain. Kami akan kuburkan beliau kali ini kami takkan beri ruang kali ini.

“Dulu lain, sekarang zaman Jamal Yunus di Sekinchan .Saya akan pastikan Ng Sue Lim tak ada peluang,” katanya kepada pemberita selepas membuat jualan ikan di Flat Taman Datuk Ahmad Ghazali, Ampang, hari ini.

Jamal berkata pihaknya juga akan membuat kejutan sehingga Sekinchan yang juga kerusi tradisi DAP tiga penggal itu kembali kepada BN.

“Kami dah buat persediaan rapi hadapi PRU14. Saya dan rakan-rakan akan buat kejutan di Sungai Besar untuk rampas kembali Sekinchan yang tak pernah menang. PRU14 saya akan pastikan Dun Sekincahn kembali ke BN,” katanya.

Jamal berkata demikian mengulas saranan Suee Lim supaya beliau terlebih dahulu bertanding di Sekinchan sebelum bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.

Suee Lim berkata Jamal perlu berdepan dengannya dalam PRU14 di Sekinchan bagi membuktikan sokongan ke Bukit Antarabangsa.

Mengulas lanjut, Jamal berkata tujuan beliau ingin bertanding DUN Antarabangsa kerana Ng Suee Lim bukanlah lawannya serta inginkan cabaran yang lebih besar.

“Saya nak cabaran lebih besar kerana Ng Suee Lim bukan lawan saya kerana lawan saya di Bukit Antarabangsa,” katanya.

Jamal sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding menentang Azmin di Bukit Antarabangsa pada PRU14.

Katanya, hasrat itu sudah disampaikan kepada pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dan pemimpin bahagian Ampang.

Leave a Comment