Share

Kalau bukan reformis, Tian Chua mungkin Pengarah Zoo

Ahli Parlimen Batu yang sedang dipenjarakan, Tian Chua menurut teman seperjuangan berminat menjadi Pengarah Zoo jika tidak menjadi Reformis.

Reformis adalah gelaran yang digunakan kepada pejuang Reformasi.

Bercerita mengenai minat Tian Chua terhadap binatang, ADUN Hulu Kelang Saari Sungip berkata Tian Chua boleh bercerita mengenai binatang sehari suntuk.

Saari berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan solidariti yang diadakan di luar pejabat Chua di Jalan Sentul, Kuala Lumpur malam tadi.

Seramai 200 orang menghadiri acara tersebut.

Leave a Comment