Share

‘Kalau buat juga kita ‘habis’ sama dia hantar penjara Sungai Buloh!’

Calon Pakatan HARAPAN bagi Pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi amarannya kepada menteri-menteri supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang ada.

Berucap pada satu majlis makan malam di Lukut semalam, Anwar yang dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri oleh HARAPAN berkata beliau sendiri akan menghantar menteri yang menyalahguna kuasa ke penjara Sungai Buloh.

Anwar sebelum ini dilaporkan turut mengingatkan kepada pemimpin HARAPAN yang mempunyai kuasa supaya tidak menindas rakyat dan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan diri sendiri.

Dalam majlis yang sama, Anwar turut berjanji kepada penduduk untuk melakukan sedaya upaya memajukan Port Dickson.

Leave a Comment