Share

“Kadangkala ketakutan lebih teruk dari wabak” – Lim Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, orang ramai tidak perlu risau tentang berlakunya kegawatan ekonomi di negara ini.

Katanya “ketakutan lebih teruk daripada wabak” dan rakyat Malaysia tidak seharusnya terperangkap dengan ketakutan ini.

Apa yang penting adalah mengekalkan keyakinan terhadap kemampuan Malaysia menghadapi tekanan ekonomi serta mengakui kerja keras rakyat Malaysia di sebalik wabak ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada berita palsu dan menaruh kepercayaan atas kerja yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

Leave a Comment