Share

Kabinet tubuh jawatankuasa teliti projek MRT2 – Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan jawatankuasa Kabinet akan bermesyuarat segera untuk meneliti kontrak kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa Jajaran 2 (MRT2) yang dikendalikan oleh MMC-Gamuda.

Menurut Azmin jawatankuasa itu akan bermesyuarat secepat yang mungkin kerana tidak mahu projek tersebut dihentikan.

Azmin berkata demikian ketika mengulas laporan The Star hari ini yang melaporkan bahawa Kabinet sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri daripada empat kementerian iaitu kemneterian kerja raya, kementerian pengangkutan, kementerian kewangan dan juga termasuk kementeriannya.

Leave a Comment