Share

Jangan manipulasikan kenyataan sokong BMF

Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sokongan yang dinyatakan itu tidak bermaksud memboikot produk atau barangan bukan Islam atau bukan bumiputera.

Katanya, isu boikot tidak pernah timbul dan kempen ini memberi keutamaan untuk membeli barangan produk Islam.

“Kempen ini baik kerana ia dapat bantu usahawan-usahawan bumiputera yang tidak mendapat peluang seperti mana usahawan-usahawan bukan bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato Onn

Leave a Comment