Share

Jamal beri amaran, ‘siap sedia anda, kami akan kerjakan!’

Selepas Datuk Adam Rosly Abdullah dan anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seorang lagi pemimpin Angkatan Muda (AMK) bakal diheret kerana mempunyai kekayaan luar biasa.

Amaran itu dinyatakan oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menggesa ‘Ketua AMK Cabang’ itu bersiap-sedia kerana laporan mengenainya bakal dibuat kepada SPRM dalam masa terdekat.

“Kami akan susun, selepas ini bagaimana kami melaporkan AMK Ampang, kami akan laporkan Ketua AMK cabang(cabang dirahsiakan). Semalam Anak buah Azmin ditahan (dan dirampas) RM4 juta, (AMK Cabang ini) banyak lagi.

Jamal dberkata kepada pemberita selepas membuat jualan ikan di Flat Taman Datuk Ahmad Ghazali, Ampang.

Kelmarin SPRM dilapor menahan anak saudara Azmin yang berusia 34 tahun dan tiga yang lain atas tuduhan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu di sebuah lokasi di Kajang sejak 2014.

Suspek yang terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Nama Adam Rosly mula menjadi sebutan selepas Jamal menyewa helikopter untuk membawa media melihat kediaman pemimpin muda PKR itu pada 15 November tahun lalu.

Kata Jamal, pemuda itu memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti.

Jamal turut melaporkan Adam kepada SPRM dan enam tuduhan iaitu memberi keterangan dan dokumen palsu kepada pegawai SPRM.

Dia didakwa memberi keterangan berkenaan untuk memperdaya pegawai SPRM.

Katanya lagi beliau mempunyai bukti untuk mengheret Ketua AMK cabang berkenaan kemuka pengadilan.

“Kami akan buat laporan, jadi tiga, empat AMK sangat kaya raya hasil dari kerja korupsi dengan guna kuasa Menteri Besar,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas PKR berhubung perkara ini.

Leave a Comment