Share

Iktibar | Taubat Seorang Samseng

Habibah (27), Koperal Penjara yang menguruskan dobi penjara. Habibah kagum dengan pencapaian seorang banduannya, Khaisara (32), yang cekap dan kreatif dalam menjahit. Banyak juga tempahan yang diterimanya. Namun di sebalik itu, Khaisara merupakan banduan yang ditahan kerana kes pecah amanah walhal bukan salahnya namun bukti telah berpihak kepada Khaisara. Mahu tidak mahu dia terpaksa menerima hukuman. Dia redha mungkin kejadian itu berlaku atas kecuaiannya juga. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun.

Rakan serumah Habibah, AZLINDA (36), baru dinaikkan pangkat sebagai pengurus di salah sebuah bank. Habibah selalu menasihati Azlinda agar kerja dengan jujur. Azlinda memberitahu Habibah jangan risau dia tahu jaga diri. Habibah menceritakan kisah Khaisara pada Azlinda namun Azlinda yakin dia akan sentiasa amanah dengan tanggungjawabnya malah semua pekerja bawahannya baik-baik belaka.

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL

Leave a Comment