Share

Ibrahim Ali umum tanding Parlimen Pasir Mas

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihanraya Umum akan datang.

“Saya nak maklumkan, insyallah jika panjang umur saya akan bertanding pada PRU 14 nanti di Parlimen Pasir Mas.

“Ada khbar angin mengatakan saya akan bertanding Parlimen Rantau Panjang. Medan saya adalah Pasir Mas” kata Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat PERKASA.

Bagaimanapun, Ibrahim masih lagi berteka teki mengenai parti mana beliau akan mewakili.

“Nak bertanding PRU tidak perlu parti. Saya bukan ahli mana-mana parti. Setakat ini saya hanya akan bercakap saya akan bertanding dan saya ada pengundi tegar di Pasir Mas” tambah Ibrahim.

Leave a Comment