Share

Ibrahim Ali letak jawatan presiden PERKASA

Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden PERKASA Datuk Ruhanie Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat pertubuhan itu, hari ini.

Menurut Ruhanie, Ibrahim meletakkan jawatan kerana kecewa orang Melayu tidak menghargai perjuanganya terhadap konsep agama, bangsa dan tanah air (alif ba ta).

Menurut Ruhanie, surat peletakan jawatan itu diterima jam 10 pagi semalam di ibu pejabat PERKASA.

Katanya lagi, pihak Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PERKASA kini melantiknya sebagai pemangku presiden PERKASA dan dalam masa yang sama mereka merayu Ibrahim mempertimbangkan kembali keputusan tersebut.

Leave a Comment