Share

HIGHLIGHT: Episod 11 | Dia Menantu Rahsia (2019)

Puan Sarah memberitahu dia adalah ibu kepada Syakir. Melissa terkejut kerana dia tidak pernah melihat wajah ibu mertuanya itu. Melissa memperkenalkan dirinya sebagai pembantu rumah. Puan Sarah lega kerana dia tidak mahu Syakir ada hubungan dengan perempuan yang tidak sedarjat seperti Melissa. Puan Sarah menunggu Syakir pulang dalam masa yang sama dia menyiasat tentang Melissa. Melissa memberitahu Puan Sarah bahawa dia menjaga rumah tersebut seperti ruamahnya sendiri. Syakir jarang balik ke situ kerana Syakir akan tidur di Book café. Puan Sarah puas hati dengan jawapan tersebut.

Malam itu, Syakir pulang seperti biasa dan dia terkejut melihat Puan Sarah di situ. Puan Sarah memarahi Syakir kerana tidak memberitahu bahawa dia membeli rumah tersebut. Syakir masih memikirkan tentang Melissa. Syakir terkejut apabila Melissa membahasakan dirinya sebagai ‘tuan’. Syakir tidak menyangka Melissa memperkenalkan dirinya sebagai pembantu rumah.

Leave a Comment