Share

HIGHLIGHT: Episod 11 | Cinta Tanpa Henti (2019)

Pelakon : Aeril Zafrel, Elizad Sharifuddin, Isa Khan, Nadia Brian, Arash Mohd, Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Farahdhiya, Shah Jaszle, Hafidz Roshdi, Nynaa Harizal, Nur Qistina Raisah, Gen Darwish
Penulis Skrip: Eja Lorena
Pengarah: Zamri Zakaria

Mayah dan Hisyam dikurniakan dua orang cahaya mata, Syifa Husna dan Haikal. Hisyam sudah semakin berjaya dan kini dia memiliki mini galeri yang menjual lukisan hasil tangannya. Saiful juga mula belajar melukis dari Hisyam secara diam-diam. Zakiah pula sudah menjadi peguam yang berjaya dan bakal menggantikan bapanya sebagai peguam syarikat Edruce Airlines. Edruce Airlines kini diuruskan oleh suami Salina iaitu Arman. Hajar yang bekerja di Edruce Airlines dalam diam telah menjalinkan hubungan dengan Arman. Hajar menggunakan Arman untuk mendapatkan kemewahan. Suatu hari, Hisyam lambat menjemput anak – anaknya pulang dari kelas ballet dan taekwondo . Sophia mengajak Syifa dan Haikal ke rumahnya dan meminta ayah mereka datang jemput di rumah kerana hari sudah makin lewat. Ketika itu Sophia dijemput oleh pemandu Tuan Rahim.
#CintaTanpaHenti

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL

Leave a Comment