Share

HIGHLIGHT: Episod 10 | Pia (2019)

Malang bagi PIA sebab waktu dia berbual dengan JIBON yang memang balik dari luar negara untuk berhari raya bersama keluarganya di sini, ILA sedang berada tidak jauh dari sana kerana ILA nak mencari baju untuk dipakai masa majlis Taaruf nanti.
ILA ambil gambar dan hantar kepada ZAFRAN dengan soalan “Siapa lelaki ni?”. PIA dan JIBON hanya betanyakan khabar satu sama lain sahaja. Malah lepas itu, JIBON nak cepat sebab isterinya sedang menunggu.
ZAFRAN sedang bermesyuarat bila dia terima gambar dari ILA. ZAFRAN langsung hilang tumpuan dan dia minta emergency leave. ZAFRAN terus ke butik PIA.PIA jadi ketakutan sebab ZAFRAN nampak marah marah. rakan rakan PIA nasihati PIA supaya tidak ikut ZAFRAN.PIA pergi ke kereta dan tanyakan apa yang ZAFRAN nak. ZAFRAN tunjukkan gambar PIA dan JIBON.
PIA terkejut siapa pulak yang nampak dia dengan Jibon. Pia jelaskan itu adalah Jibon , Zafran bukan tak kenal. Zafran ingat dan dia lebih ingat sebab dia tahu Jibon memang suka pada PIA.

Leave a Comment