Share

Hantaran Facebook Jeck Seng isu Jawi disunting

Semakan mendapati catatan asal Facebook Wee Jeck Seng berhubung isu itu telah disunting dan ditambah beberapa perkataan.

Dalam catatan tersebut, ayat asalnya adalah “MCA bersatu membantah tulisan Jawi dan mempertahankan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Adakah ini memainkan isu perkauman?”

Tetapi pada 4.41 petang semalam, catatan ini telah disunting kepada “MCA bersatu membantah tambahan isi kandungan khat Jawi dalam kurikulum Bahasa Melayu di SJK (C) dan SJK (T) dan mempertahankan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Adakah ini memainkan isu perkauman?”

Berbanding dengan catatan asal yang mengandungi 21 karakter Cina, catatan disunting ditambah sehingga 37 karakter Cina.

Hantaran asal itu masih boleh dilihat melalui kemudahan semakan sejarah suntingan di Facebook.

Leave a Comment