Share

Felda dapat semula hak milik tanah di Jalan Semarak

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini mengesahkan ia telah mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos, kata Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad.

Pemilikan semula hak milik kesemua 16 plot tanah, yang melibatkan empat transaksi jual beli dilakukan pada Disember 2015 dan November 2016, diperoleh menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Felda dan SPSB di ibu pejabat Felda hari ini.

Leave a Comment