Share

Dr M: Slogan 1Malaysia akan ditukar

Slogan 1Malaysia akan digantikan dengan slogan baru yang bersesuaian, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita mungkin terpaksa tukar kepada slogan lain. Namun pada waktu ini, kita belum kenal pasti slogan yang sesuai,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Sehubungan itu, ucapan “Salam 1Malaysia”, “Salam Negaraku” dan “Salam Negaraku Malaysia” perlu dihentikan. Ia digantikan dengan sama ada “Assalamualaikum” atau “Salam Sejahtera”.

Slogan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan itu adalah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.

Walau bagaimanapun sesetengah pihak mendakwa ia jelas bercanggah dengan pendirian Najib dan pentadbirannya yang tidak memperjuangkan hak bagi kaum lain.

Ia dikatakan antara rasa tidak puas hati sehingga menyaksikan BN buat pertama kali dalam sejarah negara ditumbangkan oleh Mahathir pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Leave a Comment