Share

Dr M: Kesalahan dalam 1MDB lebih banyak dari diketahui umum

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kesalahan dilakukan dalam 1MDB lebih banyak daripada yang diketahui umum.

Dr Mahathir berkata demikian selepas mendengar taklimat daripada polis dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad berhubung skandal 1MDB.

“Jelas sekali lebih banyak kesalahan yang telah dilakukan daripada yang diketahui oleh umum dan juga saya.

“Kita akan ambil tindakan buat laporan polis. Apabila sampai tahap boleh membuat tangkapan, kita akan buat tangkapan, kita akan tangkap orang yang bersalah,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan akan memaklumkan kepada AS, Singapura dan Switzerland agar memulangkan wang yang didakwa hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Leave a Comment