Share

Dr M alu-alukan Rafidah sertai BERSATU

Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengalu-alukan hasrat bekas pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, yang mahu menyertai parti berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan Rafidah sudah menyatakan niatnya untuk menyertai parti Bersatu kepada Mahathir.

Untuk rekod Rafidah pernah menjadi ketua Wanita Umno dan menjadi sebahagian daripada kabinet Dr Mahathir selama bertahun-tahun.

Beliau dianggap menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU ke-14 lalu.

Pernah digelar sebagai “wanita besi” Rafidah dikenali sebagai tokoh yang lantang bersuara menyertai kempen Mahathir dan PH namun tidak menyertai mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.

Leave a Comment