Share

“Dia ingat muka dia boleh jadi menteri?” – Zuraida

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyelar beberapa orang bawahan presiden parti yang sering menyorak pecat.

“Sekarang bila nampak pertemuan Azmin dan Anwar, banyak sebelah sana goyang.

“Kenapa goyang? Sebab dia sangka, Azmin kena pecat, dia dapat jadi menteri.

“Sebab itu dia pekik pecat. Dia ingat muka dia boleh jadi menteri ke?

“Sebab mereka seronok kalau kami dipecat, mereka dapat jawatan jadi menteri,” katanya kepada kira-kira 2,000 hadirin di program yang mengumpulkan penyokong Azmin di Kuala Lumpur malam ini.

Namun Zuraida tidak menamakan sesiapa yang dimaksudkannya.

Leave a Comment