Share

Camelia (2020) | Episod 1

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik (10), Mariam (7) dan Marina (6) tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak. Malik sebenarnya anak angkat. Arwah bapanya, Ismail, adalah kawan baik Halim, merantau dan akhirnya menetap di kampung tersebut membuat kerja kampung. Ismail meninggal kerana jatuh dari pokok kelapa. Malik rapat dengan Mariam yang tidak memilih bulu. Dia sayangkan Mariam. Begitu juga Mariam. Sayang menyayang yang semakin hari tanpa disedari memutikkan satu perasaan yang tidak difahami… Malik menjadi ‘bahan’ pada Marina dan Tok Su. Marina hidung tinggi sama seperti Tok Su walaupun baru berusia 6 tahun. Tok Su sering memuji anaknya yang bongsu, Zakiah (Mak Su) yang berkahwin dengan orang kaya dan tinggal di KL. Dia menyalahkan Zainab yang memilih Halim yang cuma bekerja kampung. Bukan saja kerja kampung, malah Halim tak kacak.

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL

Leave a Comment