Share

‘Bukan perkara luar biasa Tun M bertanding semula’

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali langsung tidak terkejut jika dikatakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bertanding semua dalam Pilihanraya akan datang.

“Soal kalau Tun M bertanding semula bukan perkara luar biasa sebab kita mengamalkan amalan demokrasi.

“Setiap orang boleh bertanding Pilihanraya. Saya rasa tidak perlu menjadi isu” kata Ibrahim ketika sidang media Di Ibu Pejabat PERKASA semalam.

Ibrahim mengambil contoh ketika beliau digugurkan dalam jawatan Ketua Bahagian Umno pada 2003 namun tetap bertanding sebagai calon bebas.

“Saya bertanding bebas lawan BN dan PAS pada 2003. Dua parti melayu terbesar. Saya tahu saya kalah tapi saya bertanding sebab saya nak bertanding dan negara ini demokrasi. So what” tambah Ibrahim.

Dalam satu laporan Malaysiakini, Mahathir dijangka diturunkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber dalaman, majlis kepimpinan parti itu menyokong bekas perdana menteri yang kini berusia 92 tahun itu dilantik sebagai calon.

“Ada cadangan dengan sokongan kuat supaya Mahathir dilantik sebagai calon kerana permintaan luar biasa daripada akar umbi,” kata satu sumber.

Bagaimanapun, sumber itu berkata parti berkenaan belum membuat keputusan di mana Mahathir akan diturunkan.

Leave a Comment