Share

‘Bagi saya cukup, memadai’

Penjelasan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya mengenai isu sijil akademik palsu yang dikaitkan dengannya adalah memadai.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, Marzuki yang juga timbalan menteri luar akan kekal sebagai setiausaha agung parti berkenaan.

“Saya fikir dia telah beri penjelasan yang mencukupi.

“Penjelasan situasi keadaan sebenar, orang boleh berkata apa-apa, tapi saya sudah duduk bincang dengan dia dan dia telah keluarkan kenyataan.

“Bagi saya cukup memadai dan dia kekal sebagai Setiausaha Agung,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Lawatan Kerja ke Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia di Semenyih hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Leave a Comment