Share

Azmin terdiam seketika….kemudian tersenyum

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali dilihat tergamam seketika ketika diaju soalan oleh moderator dalam satu temubual Bicara Minda anjuran Sinar.

Sebelum itu Azmin bercakap mengenai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggapnya mempunyai kewibawaan dan prinsip luar biasa.

Azmin juga berkata Mahathir hari ini adalah seorang insan yang berbeza yang masih bertenaga, mempunyai minda yang kuat dan bersedia mendengar pandangan semua pihak.

Kemudian moderator acara Tan Sri Johan Jaafar bertanya dengan soalan yang berbunyi ‘5, 10 atau 20 tahun lalu YB tidak akan bercakap begini?’

Azmin diam seketika kemudian dilihat senyum apabila hadirin turut kedengaran ketawa melihat gelagat Azmin.

Menjawab soalan moderator itu, Azmin menjelaskan beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman menunjukan walaupun berbeza politik dan pandangan, beliau tidak pernah menyerang secara peribadi Mahathir.

Leave a Comment