Share

Astana Cinta Aleesa | Episod 3

Astana Cinta Aleesa mengisahkan ujian yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman). Aleesa merupakan seorang isteri yang ceria dan amat dikasihi oleh suaminya Zhariff. Namun hubungan mereka teruji apabila Aleesa tidak dapat menerima kenyataan anak keduanya telah meninggal dunia.

Aleesa begitu tertekan. Tambahan lagi tekanan yang diberikan oleh ibu mertuanya, menuduh Aleesa seorang pembunuh. Pembunuh kepada cucunya yang baru lahir. Semenjak kematian cucunya, ibu mertua Aleesa begitu membencinya.

Aleesa begitu bersedih, gagal menangani berita pahit yang diterimanya. Aleesa merasakan anak keduanya masih hidup. Malah sering bercakap keseorangan dengan anak patung, seolah-olah patung tersebut merupakan bayinya. Kesedihan yang ditanggung Aleesa kian mendalam, pernah suatu ketika Aleesa ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas. Mujur Zhariff menyelamatkannya dan berjaya menghalang Aleesa dari terjun.

Dek masalah yang dihadapi di rumah, Zhariff terpaksa menyerahkan tugas kepada rakan sekerjanya iaitu Jimmy. Jimmy bukanlah orang yang tepat mengambil alih tugas Zhariff. Ini kerana Jimmy mempunyai niat tidak baik terhadap Zhariff. Apakah kesinambungan kisah ini? Berjayakah Zhariff mengembalikan Aleesa yang terdahulu? Adakah rumah tangga Aleesa dan Zhariff akan berkekalan? Saksikan segalanya dalam drama Astana Cinta Aleesa di TV9

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
http://www.xtra.com.my

Leave a Comment