Share

Anwar Ibrahim: Membuat Tinjauan Di Pantai Menjadi Lokasi Pendaratan Penyu Bertelur Di Port Dickson

Di Port Dickson hari ini dan sempat membuat tinjauan di salah sebuah pantai yang menjadi lokasi pendaratan penyu bertelur sebelum ini.

Dikhabarkan lebih 300 biji telur penyu dijumpai Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dan kini ditempatkan di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson untuk dieram dan ditetaskan.

Pantai yang sepi daripada sebarang kegiatan manusia serta bersih ketika ini menggamit haiwan laut berkenaan untuk mendarat dan bertelur.

Sebelum ini saya difahamkan agak sukar untuk menemui telur penyu kerana kepesatan pembangunan di pantai serta cahaya yang terang menyebabkan haiwan ini takut untuk naik bertelur.

Leave a Comment